Saturday, November 13, 2010

INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG~




“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,geram abang tengok” Usin mencubit pipi Liza lembut.Liza hanya tersipu-sipu malu melihat wajah kekandanya.


“Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Adi meluru masuk ke kereta kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni.Ibu kamu ni ha.” Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
“Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?” “Iyelah yang, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang.Begitu juga dengan isterinya, Liza.Nyenyak betul tidur mereka. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,kejap lagi sampai la ni.” Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan BMW M6 nya mula memecut laju. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni bang?” tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.”mana ada laju sayan..standard la highway, rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti yang.” “Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju sangat bang, Liza takut.” Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. “Rileks sayang...tak ada apa-apa,” Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. “Sudah la tu bang.” “Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa….” Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan …di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan………………..ABANG!!!!
..................................................................................
....................................................................................
.....................................................................................

“Usin….bangun Sin,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. “Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?” Usin masih terus menangis.


PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
“Banyak la hang punya isteri! reja pun pemalaih ada hati nak berbini. Tu la, tidoq lagi senja-senja lagu nih! Dah! Bangkit pegi sembahyang!Lepas tu hang tolong ambik daun pisang kat depan rumah!Esok hang jangan nak pi mana.Tolong aku nega nasik lemak. ” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar…. 
…Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu habaq hang!!!
Sekian, Terima Kasih…
Harap Maklum…

11 comments:

  1. hahaah...stylo cite nih..bo...haha..ade bakat boleh perkembangkan lagi..hohohooh

    ReplyDelete
  2. hahahahahahahahahahaha...wtf!!aku tertipu oleh c usin!!

    ReplyDelete
  3. hahhaha.. bru je nk emo..
    igtkn cite sedey..

    ReplyDelete
  4. HAHAHA~
    lawak ahh...aq egtkan cam citer biasa...
    sad ending...
    tapi rupanya.....hahahhaa~
    ade gak eh mimpi smpai camtu skali...:))

    ReplyDelete
  5. bo tulis ke ni??wondering...hahahah~
    ni copy paste je bleyh???ngahaha~ -serb-

    ReplyDelete
  6. oi tak main r copy paste..
    copy paste hanya bila dinyatakan..
    yang ni copy>edit>paste..
    wakakakaka..

    ReplyDelete
  7. haahaa...da agk daa...tp kn..
    smart ah kete tu..huhu..

    ReplyDelete
  8. hehehe......suke cite ni..baru nk feel tang sedey tu..last2......toinkkk......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...