Monday, June 14, 2010

kerjaya sebagai mat despatch...

salam...ehm..dah lama btol aku cuti..agak membosankan..nak berjoli fulus pun kurang..duduk kat rumah jadi anak dara pingitan..terbaiklah.


hari demi hari hidupku semakin bosan.........
sehingga,
aku ditawarkan kerja sebagai mat despatch..


sekadar hiasan
upah tak seberapa tapi boleh la kalau setakat nak lepak pekena kopi o kat makbul..
jadi,nak dijadikan cerita,bangun je aku dari tido,mak aku merangkap bos syarikat aku terus memberi tugasan kat aku yang tak kusangka akan jadi tugasan rutin aku time cuti nih..
mak aku keje dia buat tudung..bukan tudung saji..tudung rambut,leher dan dada.tudung tu la.
kadang-kadang ade orang tempah kat dunia..
perghh tempahan tudung dia bukan kepalang,bukan setakat jiran-jiran tetangga beliau je,dari KL,perak pun ade.begitu banyak tempahan yang beliau terima..dari sekadar hobi mak aku melakukan anjakan paradikma berkecimpung dalam dunia perniagaan nih.(mane part aku jadi despatch ni).


jadi,bila dah bertambah pelanggan dan client,banyak la kain nak ditempah,kain yang nak dijahit tepi,penghantaran lagi..
jadi tugas itu telah dipikul oleh aku sendiri yang sentiasa berkobar-kobar nak buat keje..(nak upah sebenarnya..hihi)..


tiap-tiap hari,ni la keje aku....



kedai kain berjaya




kat sini la mak aku jadi pelanggan tetap beli kain nak buat tudung...
tapi muka aku la yang asyik pegi kedai tu ambik kain yang dh siap ditempah oleh bos aku..(mak aku la)
mula-mula..

"halo auntie,mau ambik kain",aku cakap.
"oh,sapa?nama apa?",auntie tanya.
"najmah",aku jawab.
"ooo kak mah r..oo u anak kak mah aarr..mak talak datang arr?kain aar..haa ada2...cakap sama
mak arr,ini kain Q sudah abis..cakap sama mak arr.."
"ha,,ha,,baik2.."
"semua dua latuih empat pulo lima"
"ok tq r auntie.."
"ok2 baik2 datang lagi"
"ok2"...


dah abis ambik kain kat kedai kain tu,aku bergerak ke


Pos Malaysia

kat sini aku hantar tudung-tudung yang dah siap kepada client-client...kadang-kadang jugak aku kena pos borang ape ntah mak aku suruh.sememangnya pos laju memang laju.


"assalamualaikum,encik bagi sampul pos laju satu.biasa punya."
"waalaikumussalam..nah.tiga ringgit."
"trimas encik"
"baik.sama2......."




lawa btol peti-peti nih.

dah setel kat pejabat pos ni aku terus ke kedai jahitan nama pa aku x ingat..
nak snap gambar tapi bateri enset aku plak kong terus.spoiled.


ehem...
itulah tugasan-tugasan harian aku...tiap-tiap hari mengadap tokei kain sama,pakcik pos sama,tukang jahit sama..kadang-kadang ada tugas tambahan beli ikan,ayam kat pasor...balik umah mak aku bagi la upah sikit tapi aku tolak..aku cakap aku ikhlas tapi mak aku paksa aku ambik nak wat camna,kena ambik la.tak baik melawan cakap mak...heheh...

dapat duit,petang tu aku lepak kat makbul perabih duit...terbaiklah.








p/s: mat despatch la sangat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...